Thursday 2 January 2014

Coretan hati

Hati bercelaru tak siapa yang tahu
ingin diluahkan tapi pada siapa
biar saja diri menanggung sendiri
dan hanya pada Dia tempat mengadu

Langit tak segelap disangka
kerana pasti bintang menemani
dunia tak sekejam kita rasa
pasti ada hikmah disebaliknya

Andai bisa diputar kembali masa
akan pasti dilakukan dengan jaya
tapi kita harus bangun dari mimpi
kerana hari silih berganti tanpa disedari

Dunia tidak pernah sepi 
penuh dihiasi warna warni
tabahkan diri kuatkan hati
untuk menempuhi hari demi hari

Wednesday 19 June 2013

3 tahun.




 Hari ni 19/6/2013 tapi tiga tahun lepas ikut tarikh yang sama adalah hari yang aku tak pernah bayangkan apa yang akan terjadi. Sama macam aku tak tahu apa akan jadi pada 5 tahun akan datang.
Tapi aku bersyukur dengan semua ketentuan tu.
Tiga tahun lepas adalah hari pertama aku jejakkan kaki dekat UNISEL. Dari situ bermulanya sebuah cerita.
Jujur hari pertama gua nampak dia ni gua da boleh jatuh cinta pandang pertama pffftttt haha. 
Tapi takdir juga telah buat aku dan dia menjadi sahabat. 
So kawan pertama untuk hari pertama tu adalah megat dan sherry. 










Lepas jumpa megat dengan sherry, ktorg jumpa pulak ami. 
Sebab ami ni dulu satu sekolah dengan megat. So jadi la satu geng masa tu :Untuk semester yang pertama ktorg memang rapat. Mana2 mesti berempat. Nasi Lemak Cinta Sayang dulu tempat kitaorg selalu lepak curahkan kasih sayang satu sama lain pfffttt. haha. Tapi banyak la jugak kenangan dekat NLCS tu. 











Lepas kitaorang dah jadi satu geng, geng ktorg mula mcm besar pfftt konon laa. So ada amar muz fish biyin sayuti fami amalia dgn siapa ntah lagi xingat. 
Dah lama sikit baru la kenal zara linda arfah fifi pika. Tu semua 1 geng kak long tu haha. Tapi masih bersyukur jugak sebab dapat kenal diorang and tak sangka gua boleh rapat gila dengan zara yang kak long paling garang tu hehe
Dah lama sikit baru la gua rapat dengan iijat zaim raz and liza. Lama2 semua jadi satu geng :) 


 


















Banyak kenangan pahit manis jatuh bangun gua dekat unisel tersayang tu, tapi itu semua perkara biasa yang berlaku dekat semua manusia. Bak kata pepatah "buang yang keruh, ambil yang jernih" so semua akan okay. 
Thanks dekat kawan kawan yang ada masa susah senang, adat la kalau gado sikit2 tu "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita kawan sesama manusia... " haha. Satu yang gua takkan lupa sekali da kawan, sampai bila2 kita akan kawan, insyaAllah amin. 
Selamat tiga tahun  persahabatan rakan rakan semua lagi2 orang  yang rapat dengan anizatul amira tu, jujur sayang gilo dengan kawan kawan saya :) 

:: nak tuju lagu sikit hee
- walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat ~








TAMAT. 


Wednesday 20 February 2013




Hai semua.
So hari ni takde buat apa, dapat pulak idea buat lagu.
Tapi masih dalam percubaan dan tidak sempurna.
kalau suka dengar, tak suka jangan dengar hehe.
TQ.

JANJI. 

Saturday 13 October 2012

Gelak ketawa dulu
kini tiada lagi 
Cemburu dihati
menyelebungi diri

Semua berlalu pergi
dalam diam seribu sepi
Tiada sepatah kata
untuk kau pergi 

Biarkan saja semua ini berlalu pergi
kerana aku tetap masih disini
.....................................

Wednesday 5 September 2012

Perjalanan

Perjalanan yang hampir ke penghujung
dan semestinya bukanlah mudah
perlunya kekuatan 
mental dan fizikal

Jujur perasaan takut membebani
fikiran buntu memikirkan
apakah mampu atau tidak
untuk teruskan perjuangan ini

Bagaimana aku harus bangun
dan teruskan perjalanan ini
dengan rasa yang bersemangat
tanpa dihantui rasa putus asa

Mohon sokongan dari keluarga dan rakan-rakan
tidak lupa sentiasa mohon pada dia yang satu
agar  permudahkan segalanya berjalan lancar
untuk teruskan liku-liku penghujung perjalanan ini. 


Wednesday 25 July 2012

Sakit itu orang kata penghapus dosa. selain tu, mungkin Allah nak mengingatkan kita. Tapi yang pasti setiap yang berlaku adalah kententuan dia dan jugak ada hikmah disetiap yang berlaku.
Fobia tu jangan cakap laa, sebab aku dah lalui macam2 masa abah sakit dulu, keluar masuk icu, dengan tak cukup tidur,dengan mata bengkak lagi.. hanya dia yang tahu perasaan aku macam mana masa tu.
Masalah dia sekarang, bila kita tengok yang kita sayang tengah sakit ke apa, sumpah tak tipu aku takut..macam2 aku rasa. kadang2 tak kuat aku nak tengok orang yang sakit penuh badan dia dengan wayar apa tu semua. termasuk lah abah pernah kena dulu, ya allah masa tu, tak sampai hati aku tengok abah kena macam tu,kalau boleh biar aku je yang ganti tempat dia.
Dan paling aku xboleh lupa, arwah atok meninggal depan mata aku sendiri, masa tu hanya ada aku mak,dua adik sedara aku dekat hospital. Masa tu arwah atok dah kritikal,doktor pun dah cakap bersedia dengan segala kemungkinan. Aku pegang sendiri kaki tangan arwah atok sejuk sangat, lepastu slow2 mesin nadi denyutan dia tuu straight je.. sumpah sedih masa tu.hurm 

Kebetulan maksu pulak tak berapa sihat, aku risau sangat tengok keadaan dia, tapi aku berharap dan sentiasa berdoa mintak2 takde apa yang serius.
Dan aku berharap maksu diberi kekuatan untuk menghadapi semua ujian Allah ini, macam mana abah dulu boleh lawan sakit dia, macam tu jugak aku harap maksu dapat melawan penyakit dia andai kata ada yang serius. Dan aku jugak berharap kami sekeluarga diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujiannya. 
Setiap penyakit ada penawarnya, apa yang penting kena kuat menghadapi ujian dan sentiasa berdoa pada dia yang Maha Berkuasa. Semoga kita semua dapat iktibar dari semua yang berlaku dalam kehidupan kita. 

Semoga kita semua dilindungi Allah dan dijauhkan segala perkara yang tidak diingini. Insyallah.Amin. 

"Allahumma inni a'uudzu bika min munkaraatil akhlaaqi, wal  'a'maali, wal 'ahwaa-i wal  wal 'adwaa-i"
- "Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari  segala macam penyakit yang berbahaya." Amin. 

Monday 23 July 2012

Cerita #1


Bermulanya sebuah cerita
apabila kita adalah pelakonnya
sedih gembira bahagia semua akan dirasa
itulah dia lumrah kehidupan dunia. 


Hidup didunia 
bukan seperti cerita donggeng
yang engkau boleh
menghidupkan atau mematikan watak sesuka hati. 


Tetapi dunia adalah realiti
dimana engkau harus menghadapi
sesuatu kenyataan sama ada pasrah atau redha
itu pilihan engkau sendiri. 


Mungkin hari ini 
kita tidak dapat apa yg ingin kita miliki
tetapi yg pasti 
kita akan dapat lebih baik dari sebelum ini.


Berbicara sememangnya mudah untuk semua
tetapi tidak semudah itu untuk kita menerima
apa yang dibicarakan


Sebagai pelakon  kepada sebuah cerita
kita yang menentukan jalan ceritanya
sama ada mimpi ataupun realiti
itulah hakikatnya. 

Tuesday 3 July 2012


hehehe cair kejap dekat aqasha! hahha mari dengar sampai lebam :p